Kelebihan Bulan Ramadhan

 

Daripada Salman al Farisi ra berkata: Pada hari terakhir bulan Sya`ban Rasulullah s.a.w telah berkhutbah kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud:

 

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah dinaungi oleh bulan yang agung dan bulan yang penuh berkat. Bulan yang padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah telah menjadikan puasa padanya (Ramadhan) satu kefardhuan dan melakukan qiam di malamnya sebagai amalan sunat. Barangsiapa yang melakukan satu amalan kebaikan padanya, maka baginya ganjaran seumpama melakukan satu amalan fardu. Dan barangsiapa yang melakukan satu amalan fardu, maka baginya ganjaran seumpama melakukan tujuh puluh amalan fardu. Ramadhan adalah bulan kesabaran dan sabar ganjarannya adalah syurga. Ramadhan juga adalah bulan saling tolong-menolong dan bulan di mana akan ditambah rezki orang-orang Mukmin. Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (sewaktu berbuka), maka baginya keampunan terhadap dosa-dosanya, diselamatkan batang tengkuknya dari api neraka dan baginya ganjaran pahala yang sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa berkurang walau sedikit pun.” Kami bertanya: Wahai Rasulullah, tidak semua di kalangan kami yantg memiliki sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa? Lalu baginda s.a.w menjawab: “Allah akan menganugerahkan ganjaran pahala tersebut kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (walau) dengan seteguk susu, tamar ataupun air. Barangsiapa memberi makan sehingga kenyang kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum dengan air telagaku di mana orang yang meminumnya tidak akan merasa dahaga sehinggalah dia masuk ke dalam syurga. Ramadhan adalah bulan di mana awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka. Barangsiapa memberi keringanan kepada hamba-sahayanya di bulan ini, maka Allah akan mengampunkan dosanya dan akan menyelamatkannya dari api neraka. Justeru hendaklah kamu banyak melakukan empat perkara berikut: Dua daripadanya akan membuatkan Allah redha terhadap mereka yang melakukannya sementara dua perkara lagi adalah suatu yang sangat perlu bagi kamu. Dua perkara yang menjadikan Allah redha terhadap pelakunya ialah mengucap dua kalimah syahadah dan memohon keampunan kepadaNya. Sementara dua perkara yang sangat diperlukan itu ialah memohon kepada Allah syurga dan berlindung kepadaNya daripada api neraka.”

 

Biarlah hadis yang agung ini menjadi agenda kita dalam menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh berkat ini. Dan jadikanlah segala wasiat Rasulullah s.a.w itu sebagai pedoman untuk kita.


 

Perkara Yang Disunatkan Bagi Orang Yang Berpuasa

 

1.      Segera berbuka apabila benar-benar diyakini bahawa matahari telahpun terbenam dan sebelum menunaikan sembahyang Maghrib.

 

2.      Membaca doa yang ma`thur ketika berbuka:

اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت وعليك توكلت وبك آمنت ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر يا واسع الفضل اغفر لي الحمد لله الذي أعانني فصمت ورزقني فأفطرت " .

Maksudnya: “Ya Allah untukMu aku berpuasa, di atas rezkiMu aku berbuka, kepadaMu aku bertawakal dan  denganMu aku beriman. Telah berlalu pergi dahaga dan basah sudah urat-urat dan telah nyatalah ganjaran pahala. Wahai Yang Maha Luas anugerahnya, ampunilah kesalahanku. Segala pujian bagi Tuhan yang telah membantuku sehingga aku dapat berpuasa dan yang telah memberi kepadaku rezki sehingga aku dapat berbuka”.

 

3.      Bersahur walaupun sedikit atau dengan seteguk air. Rasulullah s.a.w telah bersabda:

" تسحروا فإن في السحور بركة "

Maksudnya: “Bersahurlah kamu sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.”

Melewatkan sahur - selagi tidak membawa sehingga terbitnya fajar - adalah lebih baik sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: yang bermaksud: “Tinggalkan segala perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu.”

 

4.      Menahan lidah daripada kata-kata yang tidak bermanfaat. Adapun menahan lidah daripada perkara yang haram seperti mengumpat, mengadu domba dan yang seumpamanya adalah wajib dalam setiap masa dan ketika terutamanya di bulan Ramadhan.

 

5.      Memperbanyakkan sedekah dan berbuat kebaikan kepada sanak saudara serta fakir miskin.

 

6.      Membaca al Quran, berzikir dan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w setiap kali berpeluang tidak kira malam atau siang.

 

7.      I`tikaf dan menyibukkan diri dengan menuntut ilmu.

 

 


PERMULAANNYA ADALAH RAHMAH

 

q        Perlihatkanlah kepada Allah daripada diri kamu itu kebaikan

 

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لأصحابه : "أتاكم رمضان أوله رحمة  , وآخره عتق من النار , يغشاكم الله فيه ,  فينزل الرحمة , ويحط الخطايا , ويستجيب الدعاء , وينتظر فيه إلى تنافسكم في الخير , ويباهي بكم ملائكته , فأروا الله من أنفسكم خيرا , فإن الشقي من حرم فيه رحمة الله " .

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan; awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka. Allah akan menaungi kamu di bulan ini, menurunkan rahmah, menghapus dosa-dosa, memperkenan (segala) permintaan, melihat-lihat perlumbaan kamu kepada kebaikan (untuk) disebut-sebut dengan bangga perilaku kamu itu kepada para Malaikatnya. Justeru itu perlihatkanlah kepada Allah daripada diri kamu itu kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka itu adalah mereka yang diharamkan ke atasnya rahmat Allah Azza Wa Jalla.”

 

Ingatlah bahawa Allah melipat gandakan ganjaran pahala di hari-hari yang penuh barakah ini.

 

q        Memelihara Silaturrahim adalah satu bentuk rahmah

 

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من سرّه أن يمد له في عمره  ويزاد له في رزقه فليبر والديه وليصل رحمه " .

 

Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa yang suka untuk dipanjangkan usianya dan dimurahkan rezkinya, maka berbuatlah baik kepada kedua ibu bapanya dan peliharalah ikatan silaturrahimnya.”

 

Ternyata ia adalah peluang keemasan untuk kita menjadikan taqarub kita kepada Allah Azza Wa Jalla di permulaan bulan yang mulia ini dengan menghubungkan ikatan silaturahim, mengucapkan tahniah kepada mereka sempena ketibaan Ramadhan serta mengingatkan mereka perlunya merebut peluang yang ada. Kalaupun tidak boleh melalui ziarah, mungkin boleh secara telefon atau yang seumpama dengannya.

 


PERMULAANNYA ADALAH RAHMAH

 

q        Agar puasa anda tidak sekadar lapar dan dahaga

 

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم  : " الصيام جنّة (أي وقاية من الأخلاق الرديئة) , فإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولا يصخب , فإن شاتمه أحد أو قاتله فليقل إني صائم , إني صائم " .

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Puasa adalah perisai (memelihara daripada akhlak yang buruk). Apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata yang tidak elok (mencarut) atau kesat. Jika ada orang memakinya atau mahu membunuhnya, maka katakanlah kepadanya: Sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa.”

 

عن أبي عباس رضي الله عنهما عن النبي  صلى الله عليه وسلم  قال : " استعينوا بطعام السحر على صيام النهار , وبقيلولة النهار على قيام الليل " .

Daripada Ibnu Abbas r.a. Daripada Rasulullah s.a.w  bersabda: “Jadikanlah makan sahur itu sebagai penguat (pembantu) untuk kamu berpuasa di siang hari dan qailulah (tidur di waktu siang) sebagai penguat (pembantu) untuk kamu bangun mengerjakan tahajud di waktu malam.”

 

عن سهل بن سعد رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم  قال : " لا يزال الناس بخير ما عجّلوا الفطر " .

Daripada Sahl bin Saad r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Manusia selamanya akan berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka.”

 

Daripada Salman bin Amir r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang berbuka puasa, maka berbukalah dengan tamar kerana sesungguhnya pada tamar itu ada keberkatan. Sekiranya tidak ada tamar, maka dengan air kerana sesungguhnya ia adalah mensucikan.”

 

q        Doa Ketika Berbuka

اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت وعليك توكلت وبك آمنت ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر يا واسع الفضل اغفر لي الحمد لله الذي أعانني فصمت ورزقني فأفطرت " .

Bermaksud: “Ya Allah untukMu aku berpuasa, di atas rezkiMu aku berbuka, kepadaMu aku bertawakal dan  denganMu aku beriman. Telah berlalu pergi dahaga dan basah sudah urat-urat dan telah nyatalah ganjaran pahala. Wahai Yang Maha Luas anugerahnya, ampunilah kesalahanku. Segala pujian bagi Tuhan yang telah membantuku sehingga aku dapat berpuasa dan yang telah memberi kepadaku rezki sehingga aku dapat berbuka”.

 

q        Bisikan di Telinga Anda

 

Ingatlah bahawa senyuman anda terhadap saudara anda itu adalah sedekah. Maka banyakanlah (pada hari ini) sedekah terhadap isteri anda, anak-anak dan seisi keluarga.

 

 

PERMULAANNYA ADALAH RAHMAH

 

Firman Allah:

" ,ننزل من القرآن ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين " .

Maksudnya: “Dan Kami turunkan daripada al Quran yang mengandungi penyembuh dan rahmah bagi orang-orang yang beriman.” (al Isra`:82)

 

Kita masih lagi berada di sepuluh hari yang pertama daripada bulan Ramadhan. Setakat manakah kita dengan al Quran (tilawah serta pegamalan dengannya) di bulan al Quran ini?

عن علي بن أبي  طالب رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم  : " من قرأ القرآن فاستظهره  فأحلّ حلاله وحرّم حرامه , أدخله الله به الجنة وشفعه في عشرة من أهل بيته , كلّهم قد وجبت  له النار " .

Maksudnya: Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa yang membaca al Quran lalu dizahirkan (dalam kehidupannya), menghalalkan apa yang dihalalkan oleh al Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh al Quran, maka Allah akan memasukannya ke dalam syurga dan dia dapat memberikan syafaat kepada sepuluh orang daripada ahli keluarganya yang sepatutnya dimasukkan ke dalam neraka.”

 

Ingatlah sentiasa sabda Rasulullah s.a.w :

"... ويقال لصاحب القرآن   : اقرأ وارتق ورتل كما كنت ترتل في الدنيا , فإن منزلك عند آخر آية تقرؤها " .

Maksudnya: “… Disebut kepada Sahibul Quran (orang yang sentiasa membaca dan mengamalkan al Quran): “Bacalah al Quran sebagaimana kamu membacanya ketika di dunia dahulu. Sesungguhnya kedudukan kamu adalah pada akhir ayat yang kamu bacanya.”

Tanamlah ke dalam jiwa anak-anak anda cintakan al Quran dan menghafalnya. Ketahuilah untuk kamu itu ganjaran yang baik. Rasulullah s.a.w telah bersabda:

عن بريدة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم  : " من قرأ القرآن وتعلمه وعمل به ألبس والداه يوم القيامة تاجا من نور , ضوءه مثل ضوء الشمس , ويكسى والداه حلتين تقوّم بهما الدنيا فيقولان بما كسبنا هذا ؟ فيقال : بأخذ ولدكما القرآن " .

Maksudnya: Daripada Abu Buraidah r.a berkata: Barangsiapa membaca al Quran, mengajarkannya dan mempraktikan ajarannya, maka pada hari kiamat nanti kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota yang diperbuat daripada cahaya di mana sinaran cahayanya adalah umpama matahari. Kedua ibu bapanya juga akan dipakaikan dengan sepasang pakaian yang menyamai nilaian dunia. Kedua-duanya bertanya: Apakah yang menyebabkan kami dianugerahkan kenikmatan yang sebegini rupa? Lalu dikatakan kepada kedua-duanya: “Kerana anak kamu berdua mengambil al Quran (membaca dan mengamalkannya).”

 

q          Doa

اللهم اجعل القرآن العظيم ربيع قلوبنا , ونور صدورنا , وجلاء حزننا , وذهاب همومنا وغمومنا " . .

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah Quran yang agung itu penghibur hati-hati kami, nur (cahaya) dada-dada kami, penghilang kesedihan kami dan penawar masalah serta segala kekusutan kami.”

Ya Allah, perkenankan doa kami.

 

 

PERMULAANNYA ADALAH RAHMAH

 

Firman Allah:

" وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين ".

Maksudnya: “Dan Tidak Kami utuskanMu wahai (Muhammad), melainkan sebagai rahmah ke atas seluruh alam.” (al Anbiya1`:107)

 

Allah telah mengutuskan Rasulullah s.a.w sebagai rahmah ke atas seluruh alam. Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kepada kita sunahnya yang menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Di dalam satu hadis baginda s.a.w telah bersabda:

"  كلكم  يدخل الجنة إلا من أبى " قالوا : ومن يأبى يا رسول الله ؟ قال : "من أطاعني دخل الجنة ومن عصاني فقد أبى " .

Maksudnya: “Setiap daripada kamu akan masuk ke dalam syurga melainkan orang yang enggan.” Sahabat bertanya: Siapakah yang enggan itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka dia akan masuk syurga dan barangsiapa yang megengkari perintahku, maka dia akan masuk ke dalam neraka.”

 

Ketahuilah wahai saudaraku, sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak meninggalkan sesuatu perkara yang boleh menjerusmuskan seseorang ke dalam neraka melainkan baginda akan menegahnya. Ini jelas sebagaimana dalam sebuah hadis:

" وإني آخذ بحجزكم أن تهافتوا في النار كتهافت الفراش والذباب " .

Maksudnya: “…sesungguhnya aku menghalang kamu dari jatuh ke dalam neraka sebagaimana jatuhnya rama-rama dan lalat”.

 

4 Ramadhan

SELASA

Waktu Berbuka

Waktu Imsak

Bilangan Jam Berpuasa

6:58 pm

4:39 am

14 jam 19 min

 

Wahai saudaraku, kita hendaklah sentiasa mempraktikan sunah yang telah diajarkan oleh baginda s.a.w dan marilah kita mulakan dengan perkara ini iaitu menyebarkan ucapan salam, memelihara adab makan dan minum dan Tayamun (memulakan sesuatu dengan kanan).

 

q        Doa Masuk Pasar

" اللهم إني أسألك خير هذا السوق وأعوذ بك من شرّه وشر ما فيه , اللهم إني  أعوذ بك أن أصيب بها يمينا فاجرا أو أكسب بها صفقة خاسرة " .

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pasar ini dan aku berlindung denganMu daripada kejahatannya serta kejahatan apa yang ada padanya. Ya Allah sesungguhnya aku memohon daripadaMu perlindungan daripada terkena musibah akibat sumpah (menjadi saksi) orang yang jahat atau memperolehi tawaran jual beli yang merugikan.”

 

20

November

Waktu-Waktu Sembahyang

Maghrib