Muka Utama
Bicara Ketua Sektor
Organisasi
Profil
j-QAF
Galeri
Borang
Statistik
Hubungi Kami

Kemaskini
04-Aug-2006


(Ingatlah ihsan Allah kepada kamu) ketika orang yang kafir itu menanamkan rasa sombong dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) iaitu rasa sombong secara jahiliyyah (yang menyebabkan kamu panas hati), lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang yang beriman (sehinggalah tercapai perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedangkan mereka di sisi Allah adalah orang yang sangat berhak dengan kalimah Taqwa" itu serta patut memilikinya. Ingatlah Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Al-Fath:26


Klik Sini

 

 

P E T U A 8 "P"

1. PUJI
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN
Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN
Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN
Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN
Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

 

BEBERAPA AMALAN DOA SELEPAS SOLAT YANG BOLEH MERAPATKAN HUBUNGAN DAN MENIMBULKAN KASIH SAYANG ANTARA SUAMI ISTERI IAITU

MEMBACA SURAH AL-IMRAN AYAT KE-31 ATAU MEMBACAKAN AYAT KE-200 SURAH SAMA BAGI MENGURANGKAN PANAS BARAN SUAMI.

KUNCI KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA YANG SEBENAR IALAH

MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH.

APABILA SESEORANG INSAN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA, DIA AKAN MENGABAIKAN RUMAH TANGGA KERANA JIWA YANG KOSONG.

KETIKA KITA JAUH DARIPADA ALLAH, IBLIS YANG SUKA UMAT MANUSIA BERCERAI BERAI AKAN MENGHAMPIRI DAN MELALAIKAN KITA DARIPADA TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA,? KATANYA.

 

 

 

 

 

 

 

[ Muka Utama ][ Bicara KS ][ Organisasi][Profil][ j-QAF]
[ Galeri ][ Borang ][ Tazkirah][ Statistik]

PENAFIAN:
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pelajaran Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam Dan Moral
Jabatan Pelajaran Selangor
Tingkat 2 Kompleks PKNS 40600 Shah Alam Selangor
Tel: 03 5518 9200 / 9202 / 9212 / 9214 Faks: 03 5510 5119

abuafif & team©