(Ingatlah ihsan Allah kepada kamu) ketika orang yang kafir itu menanamkan rasa sombong dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) iaitu rasa sombong secara jahiliyyah (yang menyebabkan kamu panas hati), lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang yang beriman (sehinggalah tercapai perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedangkan mereka di sisi Allah adalah orang yang sangat berhak dengan kalimah Taqwa" itu serta patut memilikinya. Ingatlah Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Al-Fath:26 |
|
Pengenalan
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral pada awalnya dikenali sebagai Unit Pendidikan Islam. Sektor ini berperanan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Visi
Sistem Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Islam yang Cemerlang Dan Berkualiti.
Misi
Mengurus Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Islam Secara Berkualiti Dan Berkesan Dengan Berteraskan Keimanan Dan Ketaqwaan Serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Objektif Kualiti
Memastikan semua pegawai dan kakitangan sektor melaksanakan sistem pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti serta dapat memenuhi kepuasan hati pelanggan.
Memastikan semua pegawai dan kakitangan sektor sentiasa menilai keberkesanan setiap proses kerja dan melakukan penambahbaikan secara berterusan terhadap tugas dan tanggungjawab mereka bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
Memastikan semua pegawai dan kakitangan sektor meningkatkan kemahiran dan pengetahuan melalui proses latihan yang berterusan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan.
Memastikan pengurusan penempatan dan pertukaran Guru Pendidikan Islam dan pelajar ke SMKA/KAA diurus dengan cepat dan tepat mengikut masa yang ditetapkan.
Memastikan penyebaran dokumen, maklumat dan bahan daripada Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral diurus mengikut masa yang ditentukan dengan cepat dan tepat .
Memastikan program dan aktiviti peningkatan ikhtisas Guru Pendidikan Islam dan Bahsa Arab, prestasi peperiksaan serta penghayatan Islam di sekolah dilaksana dengan berkesan.
Fungsi
. . . . Unit Pengurusan
- Menyelaras Penempatan Guru-guru Pendidikan Islam Di Sekolah-Sekolah Rendah Dan Menengah.
- Menyelaras Penempatan Dan Perlantikan GSTT.
- Menyelaras Pertukaran Guru-Guru Pendidikan Islam Rendah, j-QAF dan Menengah (Keluar Negeri)
- Menyelaras Pertukaran Guru-Guru Pendidikan Islam Rendah, j-QAF dan Menengah (Antara Daerah)
- Mengemaskini Data Dan Maklumat Guru-Guru Pendidikan Islam dan j-QAF.
- Mengurus Kemasukan Pelajar ke SMKA dan Kelas Aliran Agama (KAA).
. . . . Unit Kurikulum
- Memperoleh dan Menyebarkan Bahan Kurikulum Kepada Semua Sekolah.
- Menjalankan Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam, j-QAF dan Mata Pelajaran Elektif di Sekolah-Sekolah.
- Menjalankan Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di SMKA dan Kelas Aliran Agama (KAA).
- Mengelola Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP) Pendidikan Islam di Peringkat Negeri dan Daerah.
- Menganalisa Keputusan Peperiksaan PMR/SPM Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Mata Pelajaran Elektif.
. . . . Unit Dakwah dan Kepimpinan
- Menyelaras Aktiviti Dakwah di Sekolah.
- Menyelaras dan Mengurus Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-Sekolah Negeri Selangor.
- Menyelaras dan Mengurus Majlis Tilawah al-Quran Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pendidikan Negeri Selangor.
- Mengurus Sambutan Maal Hijrah Peringkat Jabatan.
- Membendung dan Mengawal Penyelewangan Akidah di Kalangan Pelajar, Pegawai dan Kakitangan.
- Mengadakan Program Dakwah dan Pengukuhan Nilai Murni untuk Pegawai dan Kakitangan Sekolah serta Jabatan.
- Menyelaras Kursus Kemahiran Dakwah untuk Guru-Guru Pendidikan Islam.
- Menerbit dan Mengedar Risalah-Risalah Dakwah ke Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan.
- Menyelaras Kursus/Nadwah Kepimpinan Pelajar.
- Menyelaras Program-Program Dakwal Bil Hal.
Falsafah Pendidikan Islam
"Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadiaan dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat."
PENAFIAN:
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pelajaran Selangor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini. |
|
|