(Wahai orang yang berselimut! Bangunlah di waktu malam (untuk bersolat tahajjud), kecuali sedikit masa (yang diperuntukan untuk berehat), iaitu separuh daripada waktu malam, atau kurangkan sedikit daripada separuh itu ataupun lebihkan sedikit daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan tartil (perlahan-lahan). Sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (wahyu yang mengandungi perintah-perintah yang berat). Sebenarnya beribadah malam itu lebih kuat kesannya kepada jiwa dan lebih tepat bacaannya. (kami galakkan engkau dan umatmu beribadah pada waktu malam kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (sibuk bekerja).
Al-Muzammil:1-7 |